harrrrrrrrlo.

Jasmin, 4teen.

Ahad, 27 Januari 2013

aktiviti untuk minggu ke-tiga :)

Pada hari Isnin, Selasa dan Khamis saya tidak kemana-mana kerana tidak mempunyai rancangan. Seperti biasa, saya bangun tidur, mandi, pergi ke skolah, makan, belajar, balek ke rumah, buat kerja rumah selapas itu, tidur :)

Pada hari Rabu pula, saya harus "stayback" untuk latihan "total defence day". Saya habis sekolah pada pukul 2.45 petang dan latihan total defence bermula pada pukul 3 petang. Untuk latihan total defence, kumpulan kecil dari setiap kumpulan seragam harus berlatih untuk latihan total defence yang kami akan berbaris beramai-ramai pada hari 18febuari. Latihan tamat pada pukul 6 petang dan saya berasa amat letih sampai tak boleh bangun hahahahah k.

Pada hari Jumaat pun sama juga, saya mempunyai latihan total defence untuk masa "CCA period" dan latihan tamat pada pukul 12.40petang. Selepas itu, kawan saya, Syahirah menemani saya ke kedai berdekatan untuk membeli makan tengahari. Kami pun berjalan ke sana sambil berborak-borak. Setelah kami sampai ke sekolah, latihan NPCC pula bermula. Latihan yang sangat penat tetapi seronok kerana saya dan kawan-kawan saya telah mempelajari arahan yang baru walaupun kadang-kala susah untuk memahami. Kami pun habis latihan pada pukul 6 petang.
Hari pagi sabtu, menengah dua hingga menangah lima harus ke sekolah untuk aktiviti recyclatron (pergi rumah ke rumah untuk mengumpul surat khabar atau baju yang tak dipakai lagi.) Pengalaman yang sangat menyeronokkan :-)

buih-buih yang dibentuk seperti salju.
Pada petang Sabtu pula, saya mempunyai latihan chingay. Bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 10malam tetapi tidak tahu bagaimana, latihannya tamat pada pukul 11malam. Tetapi saya dan kawan-kawan yang menghadiri latihan chingay menunggu untuk pengangkutan bas selama sejam dan saya tiba di rumah pada pukul 12.45 tengah malam dan tidur lewat kerana terlalu penat sampai tidak boleh tidur.
Minggu pula..... saya menghadiri madrasah di Chong Pang dan saya mempunyai masa yang pendek untuk membuat kerja rumah. 

Kerja rumah adalah tekanan kedua saya. Selamat malam :)

6 ulasan:

  1. Wah! Jasmin! Awak juga ada latihan Chingay? Sungguh padat jadual kamu. Pastikan kamu ada masa untuk berehat yah?

    BalasPadam
  2. Tidakkah awak berasa sangat letih?Walau bagaimana pun, isi di dalam blog awak sangat menarik sekali.

    BalasPadam
  3. Wah mesti ia sangat meletihkan ..

    BalasPadam
  4. Saya Pun Jugak ada latihan Chingay

    BalasPadam
  5. Lawanya blog awak !! Best sey part salji tuh ! semua lekit ! HAHAHAHAHAHA !

    BalasPadam