harrrrrrrrlo.

Jasmin, 4teen.

Ahad, 3 Februari 2013

selamat datang, Febuari'13 ♥

01/01/13.

Ia sudah bulan Februari dan ini menunjukkan bagaimana masa begitu cepat berjalan.

Pada hari pertama bulan Februari, seperti biasa, saya mempunyai sekolah dan pada masa "CCA", saya mempunyai latihan "total defence". Sesiapa yang ada di dalam kontinjen "total defence" ini harus memakai seragam penuh untuk latihan itu. Pada petang hari nya pula, saya harus menghadiri latihan aktiviti kokurikulum saya iaitu NPCC. Walaupun saya sungguh letih, malas dan penat untuk menghadiri latihan NPCC, saya tetap menguatkan tenaga saya untuk pergi sahaja kerana ini ialah untuk kebaikan saya juga ^^

Pada keesokan harinya pula, saya mempunyai persembahan Chingay untuk "National Education Pre-show".
Persembahan itu ditonton oleh pelajar dari sekolah rendah dan menengah di Singapura. Persembahan itu sangat meriah kerana pada akhir persembahan, ada kembang api dan sorakan dari para penonton dan juga para peserta. Penutup yang sangat meriah :D 

Orang yang didalam maskot itu bernama Hassan ;)

Kembang api seh!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan